Search blog.co.uk

  • Usahawan GIATMARA taraf global

    USAHAWAN muda kelahiran Pusat GIATMARA Malaysia mampu tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) jika berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

    Pengerusinya, Datuk Muhammad Musiyudin Abdullah, berkata kursus dan latihan yang diberikan pusat itu sudah melahirkan usahawan bertaraf antarabangsa dengan kemahiran yang diperoleh seterusnya menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

    Menurutnya, walau pun pelatih pusat itu tidak berpelajaran tinggi, dengan minat serta kesungguhan mereka mampu membuka cawangan perniagaan di serata pelosok dunia.

    “Ada antara mereka membuka cawangan restoran di negara Arab dan mengeksport barang berasaskan kimpalan logam ke luar negara, jadi tidak mustahillah mereka akan tersenarai di BSKL satu hari nanti,” katanya selepas majlis perasmian Kelab Usahawan GIATMARA Negeri Kedah di Alor Star, malam kelmarin.

    Menurut Muhammad Musiyudin, antara kejayaan lain pusat itu ialah muncul sebagai Institusi Terbaik Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2007 kerana memenangi jumlah pingat terbanyak dan seterusnya meraih Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu.

    Katanya, pusat itu turut menubuhkan Kelab Usahawan GIATMARA bagi melahirkan masyarakat perdagangan Melayu pada Disember tahun lalu dan menyasarkan 11,000 bekas pelajar untuk menjadi ahli kelab sehingga hujung tahun ini bertujuan memudahkan mereka mendapat pinjaman dan kemudahan lain yang disediakan.

    “Yang penting kami dapat melahirkan pelatih yang mendapat tempat (kerja dan peluang perniagaan) dalam pelbagai industri serta mengurangkan pengangguran di kalangan belia,” katanya.

    Bagi remaja yang gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tetapi mempunyai minat dalam bidang tertentu, menurutnya, pusat itu sentiasa memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai kemahiran selaras dengan permintaan pasaran kerja. - Bernama

  • I'm 40 now

    4 May 2008 - Today is my 40th birthday. Feels like an oldman already. Thanks to my wife and childrens for preparing a nice birthday party. Some says that "life begins at 40". But for me, the number 40 means that you have to keep away from anything that is not so good in daily life. Forty means it is time or me to think it all over again about all the things that I have done before and try hard to stay on the right track in life. Anyway thanks to all of my families, friends and staffs for their support.

  • Selamat Datang

    Selamat datang ke blog GIAT ONLY di mana semua warga GIATMARA boleh dan dialu-alukan untuk menjadi ahli. Tujuan BLOG ini adalah untuk menjadi satu pentas perbincangan untuk mengenengahkan idea-idea dan wawasan yang dipikirkan boleh membantu membangunkan dan memajukan GIATMARA yang sama-sama kita perjuangkan. Terima kasih.

Footer:

The content of this website belongs to a private person, blog.co.uk is not responsible for the content of this website.